Bulan puasa di Malaysia pengalaman baru buat Lee Tuck

 

KUALA LUMPUR – Berpuasa di bulan Ramadan di Malaysia menjadi satu pengalaman baru untuk penyerang Terengganu FC (TFC) Lee Andrew Tuck, yang turut sama berpuasa bersama rakan-rakan muslim sepasukannya.

Pemain berbangsa Inggeris berusia 31 tahun itu menyatakan, berpuasa tidak memberikan impak terhadap tahap kecergasannya, tetapi memberikan perasaan yang lain terutamanya dari segi kekuatan mental dan fizikalnya.

Dalam perkara ini, Lee Tuck mendedahkan ia merupakan satu cabaran besar untuknya berpuasa di sepanjang bulan Ramadan, dan memuji rakan sepasukannya yang mampu untuk mengerjakan ibadah puasa walaupun terpaksa menjalani latihan setiap hari bagi memastikan mereka terus cergas.

“Terus terang, ia satu pengalaman baru untuk saya dan pada mulanya saya berasa risau untuk berpuasa, tetapi ia berjalan sebaiknya. Dari situ, saya dapat merasakan bagaimana orang Islam berpuasa di Malaysia, dan bagaimana mereka kekal kuat walaupun tidak makan dan minum sehingga matahari terbenam.

“Berikut itu, saya cuba berpuasa satu hari, tetapi masih minum air, namun semalam saya gembira kerana dapat berpuasa satu hari penuh dan ia mengejutkan saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia, hari ini.

Sementara itu, Lee Tuck tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk kembali turun padang untuk menjalani latihan seperti biasa, sebagai sebahagian daripada persediaan untuk pasukannya beraksi di Liga Malaysia yang dijangka akan bermula semula pada September.

“Ia agak sukar untuk membiasakan diri dengan situasi semasa, tetapi apa yang boleh saya lakukan ialah terus berlatih di rumah, bagi mengekalkan tahap kecergasan saya, tetapi saya bersedia untuk bermain, pada bila-bila masa terdekat,” katanya. – Bernama

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts