Benteng apa lagi selain iman?

  Islam tidak menghalang kita mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang umatnya daripada terdedah kepada perkara-perkara yang dimurkai Allah samada dipanggil maksiat ataupun kemungkaran. Ini disebabkan kesan kemungkaran dan kemaksiatan itu bukan sahaja akan terkena kepada pembuatnya sahaja tetapi masyarakat juga akan mendapat kesan. Firman Allah SWT: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa …

Hakikat dua kalimah syahadah yang perlu difahami

  Dua kalimah syahadah sangat penting dan sangat bernilai kepada kehidupan individu dan umat Islam. Ia adalah ikrar penggabungan dan penyerahan diri seseorang kepada Allah. Sedia untuk patuh dan akur kepada apa jua yang yang diperintahkan oleh Allah SWT seperti mana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Antara kesilapan besar yang melanda sebahagian besar umat Islam …

Fuqdaan Al-Huwiyyah: Hilang jati diri

  GEJALA yang mesti dielakkan umat ini ialah jangan sampai umat tidak kenal diri sendiri, tidak tahu untuk berperanan hatta tidak tahu untuk membela diri sendiri tatkala dizalimi ataupun tidak sedar diri sedang dianiaya. Ini yang disebut sebagai kehilangan jati diri (fuqdan al-huwiyyah). Tetapi itulah realiti yang sedang berlaku kepada umat Islam secara umumnya di …

Umat Islam perlu yakin dengan kualiti diri sendiri untuk berdoa

  Doa merupakan satu ibadah. Ia merupakan senjata bagi orang-orang beriman. Allah SWT sendiri meminta hamba-Nya sentiasa berdoa kepada-Nya pada setiap keadaan dan suasana. Tetapi tidak sedikit dari kita yang mengabaikan ibadah yang sangat dituntut ini walaupun manfaat doa itu kembali kepada kemaslahatan diri kita sendiri. Ada yang merasakan berdoa itu penting hanya dalam situasi …

Terseksanya seorang khalifah

  Manusia sangat diistimewakan oleh Allah SWT berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Keistimewaan ini tercatat di dalam beberapa ayat al Al-Quran. Sebagai contoh, Allah telah melantik manusia sebagai khalifahNya di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya …

Tiada pilih kasih dalam hukum

  Antara keindahan hukum dalam Islam ialah ia berkuatkuasa kepada semua golongan orang mukallaf tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Pengecualian hanya berlaku dalam situasi yang sangat terhad seperti dalam keadaan musafir, sakit, terpaksa dan beberapa keadaan lain. Tiada kekebalan dikhaskan untuk golongan–golongan tertentu sehingga dikecualikan daripada menunaikan kewajipan-kewajipan syarak mahupun terlepas daripada hukuman-hukuman yang ditetapkan. …

Iman bukan sekadar perbincangan ilmiah

  Antara perkara yang sering kali diperbincangkan dan perbincangan itu tenggelam timbul dalam masyarakat ialah perbincangan dan perdebatan dalam masalah aqidah ataupun iman. Perdebatan ini dirancakkan lagi dengan menggunakan media sosial. Adakalanya perdebatan itu berkisar dalam masalah penggunaan istilah, ada ketikanya perdebatan berlaku di dalam masalah pendekatan. Perbincangan-perbincangan ini telah masyhur sejak dahulu lagi antara …

Almarhum Ustaz Dato’ Abu Bakar Al-Baqir, ulama pejuang kenegaraan

  Pada 5 Safar 1438 Hijrah bersamaan 5 November 2016, saya ditugaskan mewakili Sahibus Samahah Mufti untuk menyempurnakan bacaan doa di dalam istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan tahun ini di Istana Iskandariah …