Umat Islam perlu keluar daripada kesetiaan politik kepada kesetiaan akidah dan agama

YB yang biadab perlu diajar, ummah perlu keluar daripada kesetiaan politik sementara kepada kesetiaan akidah dan agama

Membiarkan seorang YB non-Muslim pergunakan ayat Al-Quran untuk mendapat sokongan, dan dalam masa yang sama beliau tidak menghormati seorang muslim yang lain (yang boleh dikategorikan tahap ulama) dengan panggilan nama sahaja, adalah suatu kebaculan dan mencairkan serta menghilangkan wala’ iaitu kesetiaan kepada ummah Islamiah.

Itulah hakikatnya yang diratibkan oleh YB dan kawan-kawannya ini, dalam merendah-rendahkan dan menghina martabat golongan yang disebut sebagai ‘lebai’ dan ulama ini.

Hakikatnya ummah perlu disedarkan bahawa ikatan persaudaraan akidah perlu lebih diutamakan berbanding ikatan kepartian yang hanya bersifat sementara dan rapuh.

Walaupun kita mungkin sesama umat Islam mempunyai kekhilafan dan ketidaksetujuan dalam perkara tertentu, namun apabila kita rela saudara seislam kita dihina dan tidak dihormati oleh pihak non-Muslim, dengan cara itu, itulah petanda bahawa kita sudah hilang kesetiaan dan ukhuwwah antara saudara seagama kita, semata-mata menjaga hubungan kasih sayang dan persahabatan dengan kawan non-Muslim yang bersama dalam hubungan politik.

Inilah salah satu kesan dan kerugian, apabila kita melihat segala-galanya dalam percaturan politik kuasa dan demokrasi, hingga mencairkan kesetiaan dan persaudaraan yang hakiki.

Wallahua’lam bissawaab

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa

Setiausaha Agung MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts