Cintaku diuji

ahnaf-dan-keluarga-768x432

 

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

Hanya zikrullah yang mampu memberikan ketenangan kepada si suami, Ahnaf Abdul Qais, apabila kekasih hatinya, Nazihah Abdul Rahman kini sedang diuji Allah dengan masalah kesihatan yang agak kritikal di Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) Hospital Serdang.

“Sekarang isteri saya sudah sedar, boleh buka mata, faham apa yang kita cakap dan kenal siapa yang hadir melawatnya,” kata Ahnaf, yang merupakan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Shah Alam apabila ditanya keadaan isteri yang dikahwininya sejak enam tahun lepas.

Nazihah, yang juga aktivis Isma Shah Alam dan seorang tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam Hira’ Shah Alam mula dikejarkan ke Hospital Shah Alam pada awal pagi Khamis lepas dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dikenalpasti mengalami masalah kebocoran salur darah sehingga menyebabkan air dan darah telah berkumpul di sekitar peparu kirinya, atau nama saintifiknya Pulmonary Arteriovenous Malformations (PAVM).

“Kini doktor sudah mengenalpasti salur darah yang bermasalah dan prosedur ‘embolization‘ akan dilakukan pada hari ini. Jika keadaan stabil, proses mengeluarkan darah beku pula akan dijalankan,” kata Ahnaf yang bekerja sebagai jurutera sistem di sebuah syarikat swasta di Bangi.

Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang berusia empat dan dua tahun.

“Pada mulanya saya ingat dia sakit hendak bersalin kerana ketika itu kandungan sudah 36 minggu tetapi rupanya dia memang betul-betul sakit,” katanya sambil menceritakan anak ketiganya sudah meninggal dunia di dalam perut selepas sehari isterinya dimasukkan ke dalam ICU.

“Pembedahan dilakukan pada hari Sabtu bagi mengeluarkan bayi dan jenazah telah disempurnakan dengan baik,” katanya.

Apabila ditanya mengenai perasaannya, Ahnaf memberitahu bahawa sekarang baru dia tahu mengapa selama ini isterinya sering sakit dan lemah badan.

“Walaupun begitu, dia tetap berusaha menunaikan kewajiban rumah tangga dan dakwah. Saya tahu dia seorang yang kuat dan tabah dengan ujian yang Allah berikan.

“Saya tetap setia bersamanya kerana kami berkahwin kerana dakwah,” katanya lagi.

Berikut dikongsikan catatan Ahnaf Abdul Qais di laman facebooknya:

nazihah1

nazihah2

nazihah3

– Ismaweb

P/s: Mari bersama kita doakan yang terbaik buat saudara Ahnaf serta isteri dan keluarganya dalam mengharungi ujian Allah SWT ini.

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts