Salah pilih kawan, penyesalan terbesar

  1. Dalam al-Quran, Allah mengingatkan kita bagaimana kesilapan memilih kawan akan menjadi penyesalan yang dahsyat di akhirat kelak. Firman Allah:

يَٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!” (Surah al-Furqan: 28)

  1. Menurut al-Imam al-Tabari, ayat di atas berkaitan dengan Umayyah bin Khalaf (atau Ubai bin Khalaf) yang dikatakan menjadi punca murtadnya Uqbah bin Abi Muayyit. Uqbah dikatakan telah cenderung untuk menerima Islam lalu dikecam oleh sahabat baiknya sendiri yang akhirnya membawanya untuk kembali menentang Islam.
  2. Atas dasar itulah Rasulullah mengingatkan kita bahawa pendirian seorang lelaki itu terkadang bergantung kepada pegangan agama sahabatnya juga. Sabda Rasulullah:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seorang lelaki itu (bergantung kepada pegangan) agama sahabatnya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu bersahabat.” (HR Ahmad)

  1. Jadilah seperti Abu Bakar, seorang sahabat yang soleh. Tahukah anda bahawa Abu Bakar berjaya mengislamkan lima sahabat yang dijanjikan syurga. Lihat bagaimana persahabatan Abu Bakar dengan sahabatnya menyebabkan mereka dijamin ke syurga.

Menurut Ibn Ishaq, dikalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin akan memasuki syurga, separuh dari mereka (iaitu lima orang) telah beriman atas persahabatan dan usaha dakwah Abu Bakar. Mereka ialah: Uthman ibn Affan, al-Zubair ibn al-Awwam, Abd Rahman Auf, Saad Abi Waqas dan Talhah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Zionis bedil Gaza lagi!

  BAITULMAQDIS – Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan terbaru menyasarkan lokasi di utara Semenanjung Gaza, semalam.Jurucakap tentera…