Dakwah santai jalanan dengan ilmu al-Quran di TikTok

Sambung ayat al-Quran mengikut turutan huruf hijaiyah agak jarang dilakukan oleh kebanyakan orang, namun itulah antara cabaran yang dilakukan oleh dua pempengaruh terkenal.

Abdul Qawiy Abd Rashit, 26, dan Furqan Fawwaz, 25, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mereka bergabung melakukan cabaran sambung ayat al-Quran mengikut susunan huruf hijaiyah.

Video yang berdurasi 5 minit itu telah maraih 40 ribu lebih tontonan sejak ia dimuat naik di laman media sosial kedua pempengaruh tersebut.

Bacaan pertama bermula dengan (huruf alif  – ا ) telah dimulai oleh Qawiey dengan menebuk surah al-Baqarah dan diakhiri dengan surah Yassin (huruf ya – ي).

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 29 huruf-huruf hijaiyah yang telah disepakati oleh para ulamak. Setiap huruf ini mempunyai makhraj dan sifatnya yang wajar dipenuhi apabila membaca al-Quran.

Sebelum ini, Abdul Qawiy telah memanfaatkan ilmu yang ada untuk membuat kandungan di TikTok dengan cabaran sambung bacaan ayat al-Quran atau lebih dikenali sebagai tebuk al-Quran.

Abdul Qawiy berkata, idea sambung bacaan ayat al-Quran itu timbul disebabkan dia memang ada buat kandungan mengenai al-Quran, jadi terlintas untuk membuat eksperimen sosial pula.

“Ketika belum dikenali, saya akan bagi soalan atau surah yang senang. Selain itu, fokus saya untuk sebarkan al-Quran.

“Fokus saya bukanlah nak buatkan ia sebagai cabaran, tetapi lebih kepada untuk sebarkan (ilmu) al-Quran,” katanya kepada satu laman portal berita tempatan.IKLAN

Dakwah santai jalanan dengan ilmu al-Quran di TikTok

Abdul Qawiy turut menjelaskan pembelajaran al-Quran itu tidak semestinya bersifat tadabbur (menghayati maksud ayat al-Quran untuk memahaminya) dalam keadaan yang formal saja.

“Jadi, saya mahu ubah persepsi itu. Dalam keadaan bersantai pun boleh baca al-Quran.

“Saya bersyukur sebab tak pernah jangka pun apa-apa kandungan yang dihasilkan boleh pergi jauh,” ujarnya.

Dia yang menyambung pengajian di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan selama tujuh tahun itu berkata, dia selesa memilih gaya street (jalanan), bukan dengan pakaian jubah dan kopiah ketika membuat kandungan TikTok itu.

“Sebenarnya dari dulu saya memang suka berfesyen. Selain itu, perwatakan seperti ini membolehkan lebih ramai anak muda yang akan mendekati.

“Bukan apa, bila saya selalu pakai kopiah atau jubah, ramai anak muda akan menjauh sebab takut penampilan itu,” katanya.

Kandungan yang dibuat Abdul Qowiey itu juga telah mendapat perhatian stesen televisyen, TV Alhijrah diterbitkan dalam program Qawiy Wuz Here dan telah disiarkan sejak awal Januari 2023. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts