DBKL beku permohonan baharu lesen minuman keras

BANGI – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan permohonan baharu lesen minuman keras berkuat kuasa serta-merta.

Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan akan diambil terhadap premis yang menjual minuman keras tanpa lesen.

“Dimaklumkan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras adalah dibekukan serta-merta.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen,” kata kenyataan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam mencadangkan supaya kerajaan membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak sehingga satu garis panduan dan semakan perundangan dapat dilakukan.

Beliau berkata, lesen premis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap kedai-kedai menjual alkohol juga perlu diperketatkan susulan berlakunya kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts