Doa buat kepimpinan negara

  1. Fudayl bin Iyyad pernah berkata:

لو كانت لي دعوة ما جعلتها إلاَّ في السلطان

“Andainya aku mempunyai doa yang mustajab, maka aku akan khususkan doa ini buat pemerintah.”

Lalu seorang lelaki bertanya kepada Fudayl bin Iyyad: Mengapa tidak engkau gunakan doa yang mustajab ini buat dirimu? Fudayl menjawab:

إذا جعلتها في نفسي لم تَعْدُني، وإذا جعلتها في السلطان صَلُح، فصَلُحَ بصلاحه العباد والبلاد

“Andai aku jadikan doa ini buat diriku, maka kebaikannya hanya buat diriku, namun sekiranya aku jadikan doa ini buat pemerintah, maka sekiranya pemerintah itu menjadi baik, maka kebaikan itu akan melimpahi seluruh negara dan rakyat.” (Sharh al-Sunnah, al-Barbahari)

  1. Semoga Allah mengurniakan kepada kita kepimpinan yang terbaik yang akan menerajui negara ini dan akan menjaga agama dan rakyatnya.
  2. Janganlah diberikan kemenangan kepada pemimpin yang terlibat dengan rasuah, yang berfikiran liberal, yang menyokong agenda kemungkaran seperti eljibitee.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts