Dr Noor Hisham diumum Tokoh Maal Hijrah 1442H

 

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H.

Selain itu, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumumkan Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menerusi penganugerahan itu, tokoh Maal Hijrah Kebangsaan dan Antarabangsa menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Hadiah kepada tokoh terbabit disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Tema sambutan kali ini ialah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ iaitu menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan.

BIODATA TAN SRI DR NOOR HISHAM ABDULLAH

TARIKH LAHIR: 21 April, 1963 di Sepang, Selangor.

PENDIDIKAN

* Doktor Perubatan (MD) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988.

* Sarjana Pembedahan (MS) UKM pada 1994.

* Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery pada 1997.

* Academy of Medicine Malaysia (AM) pada 1998.

* Fellow Academy of Medicine Malaysia (FAMM) pada 2004.

* Advanced Management Program, Oxford Business School, di United Kingdom pada 2008.

PENGALAMAN BEKERJA

* Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013.

* Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008.

* Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya pada 16 Ogos 2002.

* Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur pada 16 Januari 1998.

* Antara 1997 hingga 1998 juga, beliau pernah menjadi Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia dan Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia.

* Antara 1988 hingga 1994, beliau pernah menjadi Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu (01 Julai 1994), Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur (02 Oktober 1989) dan House Officer University Hospital Kuala Lumpur (01 Ogos 1988). – MyMetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts