Islam dilihat semakin asing di akhir zaman

  1. Laman The Reporter melaporkan kenyaataan Mufti Pulau Pinang yang memohon maaf kerana memberikan teguran tulus berkaitan konsert yang bakal diadakan hampir dengan waktu ketibaan bulan Ramadan.
  2. Melihatkan poster berikut, teringat kita pada sabda Rasulullah yang berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

  1. Bahkan di dalam hadis yang sahih, Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. Sabda Rasulullah:

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim)

  1. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menggambarkan bahawa mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu. Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis.
  2. Dalam lafaz al-Imam al-Tabrani, para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab:

الذين يصلحون حين فساد الناس

(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (penambahbaikan) ketikamana rosaknya manusia.

  1. Hari ini kerosakan dalam urusan agama banyak yang berlaku. Sebahagian Muslim melihat tidak mengapa dengan hiburan yang melalaikan, norma-norma LGBT serta pemikiran Liberal yang menyesatkan.
  2. Anehnya mereka yang berpegang erat pada panji al-Quran dan Sunnah pula dilihat tidak kena. Begitulah sunnah para pejuang agama dalam menyampaikan dakwah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts