Muslim liberal tolak pelaksanaan syariah secara berlapik

 

SEPERTI lazimnya setiap isu berkaitan syariah ada tiga golongan:
1. Kafir yang menentang.
2. Golongan Islam yang menyokong.
3. Munafik yang menolak secara selindung (Islam liberal).

Merujuk kepada hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah Terengganu, ini adalah suatu yang di dalam bidang kuasanya.

Oleh itu, ia adalah keputusan yang sah disisi syariat.

Pelbagai komen dan pendapat yang diberi oleh bijak pandai dari mana sekali pun tidak menjejaskan kesahihan keputusan hakim dalam bidangkuasa ijtihadnya. Namun perang persepsi tetap berlaku.

Saya ingin jelaskan juga dari sudut maksud (matlamat).

Pertama: Maksud (matlamat) perlaksanaan hukum takzir syariat adalah untuk mempertegaskan penegakkan nilai pegangan masyarakat.

Sebagai umat Islam masyarakat Malaysia berpegang kepada kehidupan berteraskan nilai, akhlak dan hukum.

Sesiapa yang mencabar nilai dan prinsip tersebut wajar dihukum dihadapan umum.

Ia adalah untuk memberi mesej jelas bahawa sesiapa yang mencarik pegangan masyarakat harus berdepan dengan hukuman tegas.

Adapun pesalah di peringkat individu boleh memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran tapi bukan melazimi perbuatan maksiat secara terbuka.

Kedua: Sikap golongan liberal yang menolak hukuman sebat dikhalayak adalah disebabkan oleh kerana pegangan mereka yang mengangkat prinsip kebebasan individu (membuka pintu maksiat seluasnya) untuk melakukan apa sahaja termasuk yang bercanggah dengan nilai pegangan masyarakat dan hukum agama.

Bahkan mereka sebenarnya tidak mahu kesalahan itu dihukum kerana kebebasan yang menjadi perjuangan mereka mengharuskan segala yang dianggap kemungkaran oleh masyarakat yang bertamadun.

Oleh sebab itu, orang kafir yang berjuang kebebasan atau pejuang liberalisme mereka menolak secara terang, tetapi golongan Islam liberal akan menolak secara beralas. Maksud mereka sebenarnya sama iaitu menolak perlaksanaan syariah.

Kenapa golongan Islam liberal berlapik dan kenyataan mereka akan sentiasa kelihatan berbelit walaupun dalam kes mudah (straightforward) kerana ada konflik antara kepercayaan mereka tentang kebebasan (ibahiyah) dan dalam masa yang sama mereka mahu mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka (takut kantoi nifaknya).

Nasihat saya kepada mereka seperti itu, kembalilah pada Islam atau kalau sebelum ini tidak faham sedarlah. Ini bukan soal mazhab politik tetapi pegangan agama.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malayia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts