Belanja kawan berbuka puasa

  1. Selain hanya berpuasa, Rasulullah ﷺ menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Baginda ﷺ:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِمْ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuka, tidak kurang sedikit pun dari pahala mereka.”

  1. Sa’d ibn Ubadah bijak mengambil peluang ini. Beliau pernah menjamu Baginda Nabi berbuka sehingga Rasulullah ﷺ sendiri mendoakan ke atas beliau:

“أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ

“Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”

  1. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, atas sebab itulah beberapa orang dari salafusoleh sangat menitik beratkan perkara ini. Abdullah ibn Umar dikatakan tidak berbuka melainkan bersama dengan anak yatim dan fakir miskin. Amalan yang sama dilakukan oleh Daud al-Ta’i, Malik ibn Dinar dan al-Imam Ahmad ibn Hanbal.
  2. Ambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini menjamu sahabat, jiran, anak yatim, pelajar tahfiz atau sesiapa pun. Ramadan menyediakan kita ruang dan peluang yang luas untuk meraih pahala yang tidak boleh dijangka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts