Dunia Islam perlu bersatu pertahankan Baitulmaqdis: Erdogan

 

ANKARA – Semua negara Islam perlu memperlihatkan kebersamaan dan kesatuan yang erat untuk melindungi Baitulmaqdis, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sebelum berlepas untuk mengadakan lawatan rasmi ke Jordan, lapor agensi berita China Xinhua.

Erdogan yang selama ini berulang kali menyatakan sokongan terhadap kebebasan di Masjid Al-Aqsa, berpendapat adalah penting untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing sebagaimana Jordan yang menjadi penjaga masjid suci berkenaan.

“Pastinya kita tidak mahu mengalami lagi pelanggaran hak dan serangan di Baitulmaqdis jadi dunia Islam harus bersatu padu,” katanya.

Jordan adalah penjaga Masjid Al-Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci bagi umat Islam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts