Ekonomi Islam mampu tangani jurang pendapatan masyarakat

 

IPOH: Jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat mampu ditangani menerusi sistem ekonomi Islam, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Sebagai contoh katanya, kad skor Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang akan dilancarkan Bank Negara Malaysia pada Oktober ini merupakan salah satu cara bagi menyelesaikan jurang tersebut.

Kad skor VBI itu adalah bertujuan untuk menilai perkembangan sejauh mana institusi perbankan Islam melaksanakan inisiatif VBI dalam perniagaannya berasaskan tiga teras utama iaitu sosial, kewangan dan persekitaran.

Mohd Azmi berkata, sistem VBI merupakan sebuah asas etika dan kewangan yang bertanggungjawab kepada manusia, persekitaran dan keuntungan, yang bukan berasaskan kepada keuntungan sahaja.

“Sebagai contoh dalam konteks perbankan, INCEIF, Bank Dunia dengan beberapa bank lagi dalam Malaysia dan luar negara kita bangunkan carta prinsip VBI dengan intermediasi berasaskan kepada nilai.

“Nilai yang dimaksudkan ialah sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat, kepada persekitaran dan juga kebaikan kepada bank,” katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan bertajuk ‘Economy Matters’ pada Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam Kali ke-5 (WCIT) 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain memberikan manfaat kepada masyarakat, sistem ekonomi Islam juga dapat mengelakkan sebarang kemudaratan kepada individu, jenayah manusia dan alam sekitar.

“Setakat ini di Malaysia telah mengguna pakai 30 peratus melalui sistem perbankan Islam dan bertambah dari tahun ke tahun namun di negara lain masih kecil. Contohnya di Indonesia hanya lima peratus sahaja,” katanya.

WCIT 2018 yang bertemakan ‘Menjamin Masa Depan’ dianjurkan oleh Universiti Sultan Azlan Shah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu dan berakhir hari ini bertujuan menyediakan interaksi ahli akademik dalam persekitaran yang dinamik bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan semasa yang dihadapi dunia Islam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts