Vin Diesel kagum dengan konsep puasa

 

Aktor terkenal Hollywood, Vin Diesel memuji konsep berpuasa kerana menurutnya amalan berpuasa mambawa banyak faedah.

Menerusi satu klip video dikongsikan seorang artis hip hop Karim Kharbouch atau lebih dikenali sebagai French Montana, Diesel dipetik berkata “Ramadan memberikan inspirasi buatnya, malahan menganggap ia satu kaedah penting buat sesiapa yang ingin memahami makna berdisiplin.”

https://www.instagram.com/p/BUmLz81FrVX/

“Konsep ini (Ramadan) amat hebat dan mungkin amat bagus untuk sesiapa yang berpeluang untuk mengalami disiplin seperti itu untuk tempoh seharian,” katanya.

Malah menurut bintang Fast and Furious ini juga, berpuasa mampu membantu menyegarkan kembali badan.

“Ia mungkin boleh membantu memulihkan tubuh badan,” katanya lagi. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts