Erdogan bawa resolusi desak AS tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis ke UNGA

 

ISTANBUL: Turki akan membawa resolusi untuk menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata sokongan dua pertiga di Perhimpunan Agung memberi isyarat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan ditolak.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.

Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, tidak seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.

Resolusi untuk mendesak AS menarik semula pengiktirafan tersebut di UNSC dikemukakan oleh Mesir.

Namun, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi walaupun 14 negara lain menyokong resolusi tersebut. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts