Erdogan gesa negara Islam usaha hentikan kekejaman terhadap Rohingya

 

ASTANA (Kazakhstan) – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara Islam untuk menggunakan segala cara yang ada bagi menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik muslim Rohingya di Myanmar.

“Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan Myanmar dan Bangladesh untuk menghalang penderaan kemanusiaan di rantau ini,” katanya pada sidang kemuncak Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Astana.

Erdogan berkata, Turki telah menawarkan bantuan dan menjangkakan pihak berkuasa Bangladesh membenarkan serta membantu umat Islam Rohingya melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Organisasi antarabangsa, dan kita sebagai negara Islam khususnya, harus berjuang bersama dengan menggunakan segala cara yang ada untuk menghentikan kekejaman itu,” katanya.

Erdogan sebelum ini berjanji untuk membangkitkan isu Rohingya pada Perhimpunan Agung PBB akhir bulan ini.

Pada sidang kemuncak OIC semalam, satu keputusan terakhir telah dipersetujui bersama berhubung isu Rohingya.

Justeru, Erdogan menyeru negara dalam sidang itu untuk mengikuti dan melaksanakan keputusan itu.

Keputusan itu menggesa kerajaan Myanmar untuk menerima misi pencarian fakta Hak Asasi Manusia PBB bagi melakukan penyiasatan menyeluruh dan bebas terhadap semua pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan membawa pelaku ke pengadilan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

 

Total
0
Shares
1 comment
  1. Rohingya Perlukan Pembelaan Daripada Siapa ?

    Tekanan antarabangsa yang paling kuat boleh dilakukan oleh negara-negara umat Islam dalam Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) khususya Malaysia, Indonesia dan Brunei ke atas Myanmar bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai ethnik Rohingya adalah dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar.

    Artikel Penuh:

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.my/2017/09/tekanan-antarabangsa-yang-paling-kuat.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts