Filem Pendekar Awang alternatif penyampaian dakwah selain ceramah

BANGI – Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang sudah seminggu di panggung mendapat respon positif daripada kebanyakan penonton kerana mesej dan nilai yang diketengahkan berbeza dengan filem epik lain.

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Md Dali berkata, ada dua aspek yang ingin disampaikan kepada masyarakat iaitu hiburan patuh syariah dan pengajaran bermanfaat terutamanya seruan ke arah kebaikan dan perjuangan mempertahankan tanah air.

“Mungkin setiap orang ada pandangan tersendiri dari sudut persembahan filem, namun dalam filem ini banyak pengajaran yang kita boleh ambil bersama untuk dijadikan pedoman.

“Antaranya peringatan bahawa bumi ini milik Allah yang diamanahkan kepada orang beriman, dan kasih sayang terhadap tanah air merupakan sebahagian dari iman.

“Maka orang Islam perlu menentukan masa depan mereka sendiri,” katanya.

Justeru, Rahman berharap masyarakat dapat menonton karya seni ini supaya pengajaran mengenai keimanan dan perjuangan boleh juga didapati dalam filem, bukan hanya di kuliah dan ceramah.

Pada masa sama, tidak wajar untuk kita menghalang orang ramai daripada mendapatkan hiburan bermanfaat seperti ini.

“Inilah usaha kami untuk mempelbagaikan seruan kebaikan dengan cara seni dan kreatif,” katanya.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam sejak 11 Januari lalu dengan menelan kos sebanyak RM15 juta.

Ia dibintangi pelakon popular antaranya Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nadhir Nasar, Nam Ron, Amir Ahnaf dan ramai lagi. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts