Ganjaran besar menanti mereka yang menginfak ke jalan ALLAH

 

SHAH ALAM – Ganjaran besar menanti mereka yang menginfakkan harta ke jalan ALLAH kerana antara elemen yang ada dalam perbuatan tersebut ialah ia memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Pengarah Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA), Profesor Dr Mohamad Akram Laldin berkata, banyak ayat al-Quran menekankan pentingnya rezeki yang diberikan oleh ALLAH untuk dikongsikan bersama-sama.

“Ia bukan hanya untuk sebahagian manusia mengambilnya atau memanipulasi harta tersebut.

“ALLAH berfirman dalam al-Quran supaya harta itu tidak tertumpu kepada sebahagian orang-orang antara kamu.

“Sebab itu penting untuk kita menginfak supaya ia memberi peluang kepada semua,” katanya pada Wacana al-Quran bertajuk ‘Sistem Infak Ekonomi Norma Baharu’ di Dewan Karangkraf di sini baru-baru ini.

Mohamad Akram berkata, pada masa ini banyak syarikat korporat apabila mereka ingin menjalankan sesuatu program seperti tanggungjawab sosial korporat (CSR), sudah pasti ia akan diuar-uarkan, diiklankan dan dimaklumkan secara meluas bagi mendapatkan pulangan.

“Apa yang saya sering sebutkan kepada kakitangan institusi kewangan dalam latihan bersama ialah elemen infak, akhlak, moral, etika dan sebagainya ini sepatutnya menjadi sebahagian DNA kewangan Islam dan bukan perkara sampingan.

“Kalau kita lihat CSR ini, ia dibuat jika syarikat-syarikat mempunyai duit lebih untuk program berbentuk sosial tetapi pada pandangan saya ia bukan pilihan tetapi mesti dimasukkan ke dalam pelan perniagaan kita,” kata beliau.

Menurutnya, infak wajar dimasukkan ke dalam perancangan jangka pendek dan panjang sesebuah syarikat sebagai tanda tanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kenapa syarikat perlu mengeluarkan zakat? Mereka yang mendapat pulangan harus memberikan sebahagian pendapatan itu kepada orang lain yang memerlukan.

“Islam tidak hanya mementingkan kebajikan orang Islam semata-mata tetapi juga bukan Islam. Sebab itu kita mahu pastikan bahawa infak ini perlu menjadi DNA orang Islam,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts