Gencatan senjata di Gaza bolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan

 

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore pada Selasa menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Gaza bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan.

Beliau mendesak penubuhan koridor kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyalurkan bekalan bantuan merangkumi bahan bakar, barang perubatan, alat pertolongan cemas, dan vaksin COVID-19.

“Konflik terus berlarutan setiap hari, kanak-kanak di Gaza terus menderita. Gencatan senjata amat diperlukan sekarang.

“Mereka berhak mendapat kehidupan yang sempurna jauh daripada sebarang kekerasan dan ketakutan yang sudah berlarutan sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York pada Selasa.

UNICEF menganggarkan kira-kira 325,000 orang memerlukan perkhidmatan air dan sanitasi, tanpanya mereka berisiko tinggi dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.

Fore berkata bekalan elektrik di seluruh Gaza menurun sekitar 60 peratus, menjadikan hospital kian bergantung kepada generator untuk menyediakan bantuan perubatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terbunuh di Gaza dan 444 lagi cedera dalam masa kurang 10 hari.

Hampir 30,000 kanak-kanak hilang tempat tinggal dan dianggarkan 250,000 lagi memerlukan perkhidmatan kesihatan, tambah kenyataan itu.

Sekurang-kurangnya empat kemudahan kesihatan dan 40 sekolah rosak.

Sebanyak 48 sekolah kebanyakannya dikendalikan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dijadikan tempat perlindungan kecemasan bagi keluarga yang lari daripada keganasan. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts