Hanya 3 kategori jemaah dibenarkan ke Makkah

 

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan individu yang menerima imunisasi COVID-19 sahaja menunaikan ibadah haji dan umrah sepanjang tahun bermula awal Ramadan ini.

Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan berkata, terdapat tiga kategori yang dianggap telah ‘diimunisasi’ iaitu mereka yang menerima dua dos vaksin dan satu dos dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari serta individu yang sembuh daripada jangkitan.

Katanya, hanya tiga kelompok itu sahaja yang akan dibenarkan untuk menunaikan ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram, Makkah. 

Kementerian berkata, polisi baharu itu secara efektif meningkatkan kemampuan operasi Masjidil Haram pada bulan Ramadan, dan ia turut diguna pakai di Masjid Nabawi di Madinah. 

Polisi berkenaan dijangka dikuat kuasakan bermula Ramadan, iaitu pada penghujung bulan ini. 

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada polisi itu akan dilanjutkan sehingga musim haji bagi kali ini. 

Arab Saudi melaporkan lebih 393,000 jangkitan dan 6,700 kematian akibat wabak COVID-19. 

Tahun lalu, kerajaan Riyadh membenarkan hanya jumlah kecil jemaah haji menunaikan ibadah dalam rukun Islam kelima itu, di mana 10,000 jemaah Arab Saudi berbanding 2.5 juta umat Islam seluruh dunia pada 2019.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts