Hanya 31 hotel ada sijil halal di Selangor

SHAH ALAM – Sejumlah besar hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pada masa ini hanya terdapat 31 hotel di negeri ini yang memperoleh SPHM.

Menurutnya, pengusaha hotel yang masih belum mendapatkan pensijilan halal juga diingatkan tidak menggunakan istilah ‘bufet Ramadan’.

“Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.

“Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Justeru katanya, semua pengusaha hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang belum mempunyai SPHM diminta untuk mengemukakan permohonan pensijilan halal dengan segera bagi membolehkan promosi bufet Ramadan dibuat sepanjang bulan itu.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya memilih dan mengutamakan premis yang memiliki SPHM yang sah,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts