Haram orang Islam sambut Hari Valentine: Mufti Wilayah

 

BANGI – Hari Valentine adalah budaya masyarakat bukan Islam, dan adalah haram sekiranya umat Islam meraikannya, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Beliau sekali lagi mengingatkan umat Islam, khususnya golongan muda untuk tidak menyambut Hari Valentine yang menjadi ‘trend’ pada setiap 14 Februari.

Jelas beliau, hari kasih sayang tidak mempunyai hari-hari tertentu, malah Islam menggalakkan umatnya hari-hari berksaih sayang sesama suami isteri, anak kepada ibu bapanya, ibu bapa kepada anaknya dan seluruh manusia.

Maka, tidak perlu lagi dikhususkan hari-hari tertentu, apatah lagi yang menggalakkan pula ke arah gejala sosial dalam kalangan anak muda.

“Justeru, kami cenderung menyatakan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan di dalam Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan ianya membawa kepada budaya maksiat dan perzinaan disamping menyerupai budaya yang buruk, luar daripada ajaran Islam.

“Bahkan, hubungan luar nikah yang menjadi fokus utama bagi anak muda, tatkala Hari Valentine turut ditegah oleh agama-agama lain yang wujud di Malaysia.

“Ia juga bercanggah dengan norma dan fitrah asal manusia berdasarkan data yang ditunjukkan oleh Pew Research Center . Ia membuktikan penduduk dunia secara umum dan majoritinya masih melihat hubungan luar nikah sebagai satu perkara yang tidak dapat diterima,” katanya di ruangan Bayan Linnas, yang disiarkan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut Datuk Zulkifli berkata, berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005, mereka telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day.

Ketika itu katanya, muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

“Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam,” katanya. – Ismaweb

Keterangan penuh Mufti Wilayah Persekutuan: http://muftiwp.gov.my/ms/bayan-linnas-cat/1032-bayan-linnas-siri-ke-84-ke-mana-arah-tuju-hari-kekasih

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
3 comments
  1. Haram org islam hisap rokok, haram orang islam main judi,haram.org islam bersentuhan bagi yg bukan muhrim, harap semua ni dibetulkan dulu sebelum asyik post benda sama setiap tahun utk christmas and valentine,tu hari ja xda apa pun

  2. Apa yang tiada dalam Al-Qur’an JANGAN pandai-pandai wujudkan.
    Yang penting Kita hidup keluar ajaran islam.
    Biarlah hidup mati kita ditentu Allah dan bukannya hidup mati kita menyusahkan masyarakat dan membebankan orang tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts