Amazon sediakan hijab berjenama untuk pekerja Muslimnya

Sebelum ini, kita mungkin biasa dengar tentang krisis larangan hijab di India dan Jerman. Namun, di sebalik isu tersebut, sebenarnya masih ada pihak yang peka dengan kewajipan Muslimah terhadap agama suci itu.

Buktinya, syarikat e-dagang terkemuka dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Amazon menyediakan tudung untuk pekerja Muslimnya.

Menariknya, syarikat mutinasional itu bekerjasama dengan jenama fesyen wanita berhijab tersohor, Henna & Hijabs semata-mata demi pekerjanya.

Sebagai permulaan, kerjasama itu menyaksikan tudung berjenama Amazon dilancarkan untuk para pekerja di SMN1 yang terletak di Brooklyn Park, Minnesota pada hari Rabu lalu sebelum diperluaskan kepada seluruh kakitangan.

Ia sekali gus menjadikan kakitangan dalam kemudahan tersebut adalah yang pertama menggunakan hijab berjenama.

Menurut Pengasas Henna & Hijabs, Hilal Ibrahim sebagaimana dilaporkan Sahan Journal, pihaknya begitu serius dalam usaha untuk merapatkan jurang kebolehcapaian yang sering dihadapi oleh kaum wanita Islam.

“Selama 18 bulan masa diambil untuk menambah tudung dalam rangkaian pilihan pakaian kami.

“Kami bercita-cita agar kerjasama ini dapat memupuk rasa kekitaan dalam kalangan ahli. Sungguh, ia satu penghormatan bagi kami kerana dapat memenuhi keperluan ini,” katanya.

Ternyata usaha tersebut menggembirakan para pekerja Amazon sendiri.

Seperti kata seorang kakitangan di SMN1, Ryan Mohamad: “Saya tidak dapat nyatakan betapa gembira dan terujanya saya,” sambil memakai tudung dengan label Amazon.

Sebaliknya, lapor About Islam, syarikat gergasi berkenaan pernah menyediakan kemudahan baharu dengan menyediakan ruang wuduk dan solat bagi pekerja Islam.

Kemudahan itu disediakan hampir empat tahun lalu ekoran bantahan yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja Amazon Muslim Somalia di Minnesota, menuntut keadaan kerja yang lebih baik di gudang peruncit.

Minnesota merupakan negeri yang mempunyai populasi hampir 6 juta orang. Tidak lebih satu peratus daripada jumlah berkenaan ialah orang Islam dan mempunyai lebih 30 buah masjid di seluruh negeri utara tersebut. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts