Henti normalisasi unsur lucah dalam drama

SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary meminta umat Islam agar menghentikan normalisasi terhadap unsur lucah di dalam drama di Malaysia.

Katanya, video drama mengandungi lakonan adegan lucah baru-baru ini dalam drama dikatakan bakal disiarkan pada bulan puasa tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan umat Islam.

“Inilah yang berlaku kalau umat Islam itu sendiri tidak mempunyai sensitiviti dan kesedaran terhadap dosa dan maksiat sehingga merasakan ia satu perkara yang biasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Zul Ariffin berkongsikan adegan panas yang dilakonnya bersama Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu.

Menerusi video tersebut, Siti Hariesa dilihat menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul sambil menggerakkan tubuhnya dengan gaya mengghairahkan yang dilihat turut disamakan seperti babak dalam sebuah filem lucah oleh orang ramai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, beliau turut bersyukur dengan reaksi yang ditunjukkan masyarakat Malaysia yang dilihat sangat sensitif terhadap isu tersebut.

“Ini bermakna kita masih ada kesedaran tentang tanggungjawab seorang Muslim.

“Saya juga difahamkan pihak penyiaran juga telah maklum dan akan menyelesaikan isu ini dengan penuh hikmah. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts