Hikmah Covid-19: Peninju Jerman peluk Islam, tidak sabar menanti Ramadan

 

JERMAN: “Penularan wabak COVID-19 memberi saya rehat yang diperlukan untuk mencari kepercayaan dalam diri saya lagi.”

Itu kata seorang peninju profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott yang mengaitkan hikmah disebalik wabak COVID-19 melanda dunia ketika ini membuka jalan buatnya untuk memeluk Islam pada Jumaat lalu.

Terbaharu, beliau berkata Ramadan merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi ibadah puasanya buat kali pertama.

“Ramadan pertama saya sudah hampir dan saya menantikannya. Sebagai seorang atlet profesional, anda memerlukan keinginan yang kuat. Namun, sekarang saya mempunyai iman yang lebih kuat dan saya akan menjadi Inshaallah lebih kuat lagi,” tulisnya di laman Instagram pada Isnin.

Ott, sebelum ini, turut berkongsi saatnya memeluk Islam menerusi sebuah hantaran video di Instagram yang memperlihatkannya sedang mengucap dua kalimah syahadah.

Dia mengakui bahawa dia sudah mula mengenali Islam bertahun-tahun lalu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan dirinya terpengaruh secara politik.

 

 

“Ketika saya mengalami masa-masa sukar, iman Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.

“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah dan berbangga, kini saya bergelar Muslim,” katanya.

Selain mendapat lebih 180 ribu tontonan pada kemas kini itu, bintang MMA itu turut dihujani dengan mesej-mesej positif dari pengikut yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

“Hampir setengah juta mesej telah sampai kepada saya di Facebook dan Instagram sejak kebelakangan ini. Saya tidak dapat menjawab semuanya. Terima kasih atas ucapan mesra anda,” katanya.

Ott merupakan peninju MMA dari Jerman dan mempunyai seramai 41,200 pengikut di laman Instagram miliknya. – Astro Awani

 

https://www.instagram.com/p/B_DFNH3g5KC/

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Ulama kelu umat celaru

  UNGKAPAN agak sesuai dengan suasana umat sekarang ini yang diselubungi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Ulama kelu…