Hizbut Tahrir kategori kumpulan berideologi ekstrem

BANGI – Fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar perlu ditolak.

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, pihak yang mendukung fahaman tersebut menganggap negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir.

Justeru, fahaman Hizbut Tahrir boleh dikategorikan sebagai kumpulan berideologi ekstrem.

“Umat Islam perlu merujuk fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai isu Hizbut Tahrir ini pada 17 September 2015.

“Kita harus bersama-sama menjauhi fitnah yang boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian akidah dan keselamatan negara,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dr. Anhar menjelaskan, Hizbut Tahrir yang bermakna Parti Pembebasan adalah parti politik antarabangsa yang mengideologikan Islam dengan kaedah dakwah dan politik.

“Hizbut Tahrir diasaskan oleh seorang tokoh bernama Taqiyuddin Nabhani yang hidup dari tahun 1909 hingga 1979.

“Hizbut Tahrir pernah menegaskan ia adalah organisasi politik bukan organisasi kerohanian, pendidikan, sosial dan lain-lain,” katanya.

Pengikut Hizbut juga mendakwa metodologi dakwah yang mereka praktis adalah berdasarkan kepada tahap dakwah Nabi Muhammad SAW.

Ia tegas beliau meliputi Tahap Pembinaan Dan Pengkaderan, Tahap Berinteraksi Dengan Umat dan Tahap Pengambilalihan Kekuasaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Menjual doa

  Beberapa hari lepas saya terkejut apabila melihat satu fanpage facebook yang menawarkan khidmat berdoa di tanah suci.…