iGuru sokong syor perkenal subjek Islam di SJK dan SMJK

 

BANGI – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali supaya memperkenalkan subjek mengenali agama Islam kepada murid bukan Islam, di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) peringkat rendah dan menengah.

Mengulas mengenai cadangan Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu, Pengerusi iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, kaum bukan Melayu perlu diperkenalkan ajaran Islam yang bersifat universal supaya mereka tidak prejudis mahupun mempunyai persepsi negatif terhadap Islam.

Beliau berkata, kaum bukan Melayu perlu memahami apa yang termaktub iaitu Islam sebagai agama Persekutuan supaya mereka tidak melanggar garis merah atau sempadan yang boleh mengancam keharmoniam kaum.

“Justeru, iGuru bersetuju dengan cadangan itu, mengambil kira Malaysia sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb.

Sebelum ini, Khairuddin berkata, syor itu lebih tepat untuk dilaksanakan berbanding cadangan mewujudkan subjek mengenali agama lain di sekolah dan universiti diutarakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) pada minggu lalu, bertujuan memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Katanya, dengan adanya subjek mengenali Islam, pelajar SJK dapat lebih memahami ajaran agama Persekutuan itu serta amalan masyarakat Islam di negara ini.

Pada masa sama, Ustaz Azizee berkata, Fiqh Taayyush iaitu Fiqh (cara) bergaul antara muslim dengan bukan Islam perlu dimulakan dengan lebih awal bagi mengelakkan tanggapan Islam sebagai agama ‘keganasan’ serta fahaman melampau.

“Cadangan ini jika diaplikasikan, ia perlu mengambil kira realiti kemajmukan negara tanpa menidakkan asas Perlembagaan yang mana Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts