iGuru ucap terima kasih jayakan solidariti untuk Cikgu Azizan

 

BANGI – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah bersolidariti untuk Cikgu Azizan di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Presidennya, Ustaz Azizee Hasan berkata, pihaknya berharap semua guru akan terus komited dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.

Guru juga katanya, perlu menjaga etika profesion keguruan dan menjaga imej murni seorang guru.

Pada masa sama, Ustaz Azizee turut meminta semua ibu bapa cakna terhadap pendidikan anak-anak dan juga memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan guru.

Cikgu Azizan yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan hari ini dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan memukul pelajarnya.

Pendakwa raya dilaporkan telah menarik balik dakwaan terhadap Cikgu Azizan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts