Institusi kehakiman syariah : Umat Islam wajib pertahan

KUALA LUMPUR: Umat Islam bertanggungjawab mempertahan institusi Kehakiman Syariah daripada sebarang ancaman yang boleh merosakkan institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai’m Mokhtar berkata, Mahkamah Syariah dianggap Romzul Islam (lambang Islam) dan ia wajib dipertahan.

“Maknanya bila dia jadi simbol Islam, kewajipan untuk mempertahankan Mahkamah Syariah ini bukan terletak kepada hakim-hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja terletak kepada Menteri Agama sahaja, dia menjadi tanggungjawab kepada setiap orang Islam untuk mempertahankannya.

“Sebab Mahkamah Syariah ini adalah sebahagian daripada romzul Islam, siapa lagi yang nak mempertahankan mahkamah syariah ini kalau tidak kita sebagai orang Islam,” jelas Mohd Na’im kepada Alhijrah Online hari ini.

Terdahulu beliau hadir sebagai panel bagi rakaman program ‘60 Minit Bersama’ di Pusat Penyiaran Digital TV Alhijrah di ibu negara.

Kerajaan katanya akan terus komited dalam memperkasakan dan memartabatkan Mahkamah Syariah di negara ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Mohd Na’im dalam pada itu memaklumkan setakat ini antara usaha yang telah dilaksanakan pihaknya ialah Pembentukan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah yang diletakkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Sejak akhir-akhir ini, ada pihak dilapor cuba mencabar keabsahan enakmen syariah yang dilihat boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada institusi Kehakiman Syariah di negara ini. –Alhijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts