Intifadah Palestin akan tamatkan jenayah Israel: Hamas

20161119_hamas-rally-for-jerusalem-intifada-007

 

SEMENANJUNG GAZA – Ahli Majlis Perundangan Hamas, Dr Yousef Al-Sharafi menegaskan bahawa penerusan intifada Jerusalem sudah cukup untuk menghapuskan penjajahan dan menghalang jenayah Israel.

Beliau berkata demikian ketika perarakan di utara Gaza sebagai protes kepada rang undang-undang Israel berhubung larangan pembesar suara di masjid Baitulmuqaddis bagi tujuan azan.

Beliau turut memuji dan kagum dengan penduduk di Jerusalem, di mana antara mereka yang mati syahid dan cedera disebabkan oleh kesabaran menghadapi penjajahan.

Malah, Dr Yousef turut memuji tindakan ketua Gerakan Islam di Israel, Sheikh Raed Salah yang berusaha berdepan dengan penjajahan bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Jerusalem.

Rasa bangga dan kagum juga ditujukan kepada Wakil Ketua Knesset yang mewakili blok Arab, Ahmad Tibi yang melaungkan azan di Parlimen Israel, Knesset sebelum ini.

Dr Yousef berkata, rancangan sistematik menyasarkan Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa adalah bertujuan menggantikan rakyatnya dan memusnahkan semua kediaman mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts