Datuk Ismail Kamus bertambah baik

 

KUALA LUMPUR – Keadaan Datuk Ismail Kamus yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), bertambah baik.

Perkara itu dikhabarkan anak beliau, Mohd Firdaus Ismail yang memaklumkan menerima perkembangan baik mengenai bapanya itu daripada doktor.

“Selepas habis proses dialisis ada sedikit pengurangan toksin dalam badan. Menurut doktor lagi, jantung masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan

“Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menurut Mohd Firdaus, doktor akan memaklumkan perkembangan bapanya dari semasa ke semasa.

Beliau turut meminta orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Ismail.

Terdahulu, Ismail dimasukkan ke HKL pada 26 April lalu.

Beliau dijangka keluar hospital pada hari ini, namun dimasukkan ke ICU pada malam Isnin akibat sedikit serangan jantung, strok ringan, tekanan darah rendah dan jangkitan kuman di paru-paru. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts