Israel Guna Influencer Pro-Trump Untuk Sebar Propaganda Zionis di Kalangan Anak Muda AS

Israel kini memperhebat taktik propagandanya dengan menaja lawatan mewah ke wilayah jajahannya untuk influencer muda Amerika yang berfahaman konservatif dan menyokong gerakan MAGA (Make America Great Again) serta “America First”.

Menurut laporan Haaretz, seramai 16 influencer berusia bawah 30 tahun dengan pengikut mencecah jutaan di media sosial akan dibawa ke Israel dalam usaha terancang untuk memanipulasi pandangan anak muda Amerika terhadap isu penjajahan Palestin. Tindakan ini dilihat sebagai respon terhadap gelombang kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda AS tentang kekejaman rejim Zionis.

Kementerian Luar Israel secara terbuka mengakui bahawa pendekatan tradisional seperti kenyataan rasmi dan sidang media sudah tidak lagi berkesan. Maka, mereka kini bergantung kepada influencer media sosial — individu yang sanggup menjual pengaruh mereka demi wang — bagi menyampaikan mesej rejim dengan cara yang kelihatan “tulen” dan “mesra”.

Yang lebih membimbangkan, projek ini dikendalikan oleh Israel365, sebuah kumpulan Zionis pelampau yang menolak hak rakyat Palestin dan menentang penyelesaian dua negara. Mereka menyokong penguasaan mutlak Israel ke atas seluruh tanah yang dirampas secara haram. Kontrak bernilai lebih 290,000 shekel (kira-kira RM380,000) diberikan secara terus kepada kumpulan ini tanpa proses tender — satu bentuk keistimewaan yang mencurigakan.

Kempen ini jelas menyasarkan anak muda konservatif Amerika yang dilihat sebagai aset penting dalam mengekalkan sokongan terhadap penjajahan Israel. Meskipun gerakan MAGA dan America First sering melaungkan kepentingan domestik dan penolakan terhadap campur tangan asing, Israel tetap berusaha memastikan mereka kekal sebagai sekutu setia rejim Zionis.

Pegawai Israel sendiri mengakui bahawa sokongan daripada golongan muda Republikan semakin merosot. Justeru, mereka menggunakan pengaruh digital dan selebriti media sosial bagi mengubah persepsi ini. Kandungan-kandungan yang bakal dihasilkan dijangka menormalisasikan penjajahan, menyembunyikan kezaliman ke atas rakyat Palestin, dan memperindahkan wajah penjajah kepada dunia.

Dalam masa yang sama, Israel365 turut aktif dalam acara politik sayap kanan Amerika dan membantu membawa tokoh-tokoh konservatif terkemuka ke Israel. Mereka mempromosikan ideologi “peradaban Barat” yang kononnya terancam oleh “ekstremisme kiri” dan “jihad global” — satu retorik yang sering digunakan untuk mencetuskan ketakutan dan kebencian terhadap umat Islam.

Lawatan ini hanyalah satu daripada ratusan kempen serupa yang dirancang menjelang akhir 2025. Sebanyak 550 delegasi influencer dijangka dibawa masuk ke Israel bagi menyebar propaganda yang dilihat lebih “mesra pengguna” tetapi sebenarnya bertujuan mengaburi mata masyarakat antarabangsa daripada jenayah kemanusiaan yang terus dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Inilah wajah sebenar rejim yang bukan sahaja menjajah tanah, tetapi juga minda — melalui media sosial.

Sumber : Quds News Network

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts