Israel halang pengedaran buku teks di Masjid al-Aqsa

 

GAZA – Israel menghalang pengurusan Masjid al-Aqsa di Timur Jerusalem mengedarkan buku teks kepada pelajar sekolah Syariah di dalam kawasan tapak suci itu.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di pintu masuk Lions Gate ke masjid, pada hari pertama sesi baharu akademik di Palestin.

Sebelum ini, Jabatan Awqaf, pengendali masjid bagi pihak kerajaan Jordan membuat permohonan daripada Israel untuk mengedarkan buku teks berkenaan, namun tidak mendapat respon dari rejim itu.

Masjid al-Aqsa mempunyai dua sekolah Syariah menengah (persediaan dan menengah) dan sebuah sekolah Syariah rendah, yang mengajar kurikulum Palestin selain menyediakan bahan pembelajaran Syariah yang dicetak oleh Jabatan Awqaf.

Pasukan keselamatan rejim menyekat kenderaan yang membawa buku-buku dari memasuki kawasan tapak suci ketiga bagi umat Islam itu untuk diedarkan kepada kira-kira 700 pelajar.

 

 

Ketua Masjid al-Aqsa, Shaikh Najeh Bakeerat berkata, langkah itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa menarik anak mereka ke sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan suci itu.

“Mereka juga cuba menghukum sekolah Palestin yang enggan menerima kurikulum Israel,” katanya.

Kementerian Pendidikan Israel telah memaksa sekolah Palestin di Jerusalem, mengikut dan melaksanakan kurikulum rejim itu.

Israel akan memberikan ganjaran kepada mana-mana sekolah yang mengubah kurikulum mereka, sementara yang masih kekal melaksanakan kurikulum Palestin dihalang daripada menerima sebarang peruntukan menambahbaik bilangan bilik darjah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts