Israk Mikraj bukti keimanan mukmin sejati

 

Apabila Nabi SAW pulang setelah melalui perjalanan agung Israk Mikraj, baginda disapa oleh musuh Allah, Abu Jahal tentang apakah yang terbaru berlaku kepadanya. Sebagai Rasul utusan Allah yang bersifat Al-Amin, Baginda memaklumkan bahawa baru sahaja pulang dari Baitulmaqdis dalam satu malam.

“Ini peluang untuk mempersenda dan menyekat kembali sokongan yang semakin kuat terhadap dakwah Islam yang di bawa Muhammad (SAW)”

Penduduk Mekah dikumpulkan, dan Baginda menceritakan perjalanan agung tersebut. Dengan bantuan Allah, Baitulmaqdis seperti diperlihatkan di hadapan Baginda dan Baginda menceritakannya dengan jelas dan tepat satu demi satu. Mereka yang pernah pergi ke sana terpegun. Terdapat rombongan dagang yang Baginda lihat dalam perjalanan pulang. Mereka tiba di Madinah tepat pada masanya seperti jangkaan Baginda, lantas mengabsahkan lagi perjalanan ini.

Namun sikap musuh Islam tetap memusuhi walau bagaimanapun kebenaran dibawa. Mereka mempersenda, tertawa berguling-guling dan menuduh Baginda sebagai pembohong dan gila seperti biasanya.

Namun, Abu Bakr As-Siddiq dan orang-orang yang beriman tetap teguh keimanan mereka. “Jika ini kisah yang diunggkapkan dari mulut Baginda yang benar lagi mulia, lebih jauh dari itu pun kami akan mempercayainya”.

Jika hanya dengan akal, perjalanan ke Baitulmaqdis dan Sidratul Muntaha tidak mungkin berlaku dalam satu malam. Namun, beriman dengan Israk Mikraj adalah kewajipan dan petanda iman. Dengan kudrat Allah, tiada suatupun yang mustahil. Lantas, siapa mengingkarinya malah jika mempersoalkan pun kejadian ini, keimanannya kepada Allah boleh kita persoalkan. Di sinilah bezanya antara logik akal dan iman.

Hari ini, mereka yang memusuhi Islam datang dari kalangan orang yang mengaku Islam. Mereka menimbulkan persoalan berdasarkan logik akal dan berhujah bahawa hukum Islam tidak lagi dapat diterima akal, malah ketinggalan zaman. Kepada golongan ini, kita katakan, mereka tidak jauh bezanya dari Abu Jahl dan musyrikin Mekah yang mentertawa dan mempersendakan Nabi SAW yang kita cintai selepas peristiwa Israk Mikraj. Kita nasihatkan mereka untuk kembali bertaubat dan kembali kepada Allah.

Kumpulan ini dipergunakan musuh atau mereka sendiri menjadi gunting dalam lipatan yang mesti diwaspadai sepanjang masa.

Ustaz Hj Omar Kassim

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts