Mereka guna kalimah Allah bukan untuk beriman, tapi kelirukan umat Islam?

 

BANGI– “Lihat, Tuhan kami juga Allah. Bukankah kita menyembah Tuhan yang sama?”

Itulah dialog dakyah Kristianisasi yang digambarkan boleh berlaku terhadap umat Islam khususnya remaja yang lemah kefahamannya terhadap agama.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim percaya permohonan menggunakan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama lain bukanlah bertujuan beriman kepadaNya, tetapi untuk mengelirukan orang Islam.

Malah, beliau juga yakin isu kalimah Allah adalah antara usaha pluralisme yang menyamakan semua agama adalah sama, kononnya menuju ke syurga.

“Bagi mereka yang ingin menggunakan kalimah Allah, masuklah Islam dan berimanlah dengan Allah. Beriman dengan keesaan Allah. 

“Allah yang Esa bukan Triniti sbagaimana dipercayai Kristian. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini. 

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan pengisytiharana deklarasi oleh seorang wanita keturunana Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Nor Bee dalam penghakimannya membenarkan deklarasi dalam mengamalkan kebebasan beragama yang terlindung mengikut Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Ustaz Omar menyokong rayuan kes ini dibuat di peringkat Persekutuan.

“Dan pihak berkuasa agama negeri terus bertegas bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna pakai selain oleh umat Islam yang mengucapkan kalimah Syahadah dan beriman dengan keesaan dan kekuasaan Allah SWT.

“Kebenaran mengguna pakai kalimah Allah oleh bukan Islam ini tidak boleh diwartakan dan perlu disekat kerana ia adalah satu usaha pengeliruan yang akan membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts