Isu Baitulmaqdis: Lebih 600 rakyat Palestin ditahan sejak pengumuman Trump

 

BAITULMAQDIS – Lebih 600 rakyat Palestin telah ditahan oleh pasukan rejim Tel Aviv sejak pengumuman kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Pertubuhan Tahanan Rakyat Palestin semalam, kira-kira 610 penduduk negara itu termasuk 170 kanak-kanak, 12 wanita dan tiga cedera ditahan sejak pengumuman Presiden Donald Trump pada awal Disember lalu.

Kumpulan itu berkata, sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin ditangkap ketika serbuan awal pagi yang dijalankan rejim Israel di Tebing Barat.

Katanya, berdasarkan perangkaan rasmi dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antara 5 dan 18 Disember lalu, pasukan rejim dilaporkan terlibat dalam operasi mencari dan menahan 162 orang di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

6 Disember lepas, Trump mengumumkan keputusannya mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sekaligus mahu memindahkan kedutaan AS di Tel Aviv ke wilayah itu.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam antarabangsa, yang terus mempertahankan Baitulmaqdis sebagai tanah milik Palestin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts