Isu Cikgu Azizan: iGuru mohon ibu bapa pelajar, mahkamah ambil penyelesaian harmoni

 

BANGI – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berharap pihak mahkamah dan ibu bapa kepada pelajar yang memfailkan saman terhadap Cikgu Mohd Azizan, dapat menyelesaikan kes dengan penuh bijaksana serta harmoni.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Cikgu Mohd Azizan.

“iGuru berharap ibu bapa pelajar berkenaan tidak terburu-buru membuat pendakwaan dan sewajarnya mencari jalan muzakarah dan perbincangan.

“Penghukuman adalah satu bentuk pendisiplinan dan penta’diban demi membina akhlak pelajar dan ibu bapa seharusnya memberikan kerjasama kepada pihak sekolah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini, Cikgu Mohd Azizan dinyatakan akan dihadapkan ke mahkamah pada hari esok, 19 Disember atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Beliau akan dihadapkan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban 2A.

Guru tersebut dilaporkan mendenda murid di sekolahnya, Sekolah Kebangsan Taman Semarak atas beberapa kesalahan antaranya menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.

Bersimpati terhadap keadaan Cikgu Azizan, Ustaz Azizee berkata, pihaknya memberi sokongan penuh dan bersolidariti kepada Cikgu Azizan atas usaha beliau dalam mendidik dan mendisiplinkan pelajar.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua warga guru menjaga imej dan profesion keguruan agar martabat guru dihormati dan disegani. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts