Israel lakukan 106 jenayah dalam seminggu di wilayah Palestin

BAITULMAQDIS – Lebih 100 pelanggaran undang-undang hak asasi manusia antarabangsa telah dilakukan oleh penduduk haram dan rejim pengganas Israel dalam tempoh seminggu di wilayah Palestin yang diduduki.

Dalam satu laporan Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) semalam, sebanyak 106 jenayah Israel telah direkodkan secara menyeluruh.

Bagaimanapun, sekatan yang dikenakan ke atas Palestin ketika ini telah menghalang badan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan keadilan bagi semua jenayah dilakukan Israel.

“Sambutan hari raya Aidilfitri pada minggu ini tidak berbeza dengan hari-hari biasa kerana serangan ke atas penduduk Palestin masih berterusan.

“Penduduk haram bertindak menembak dan mencederakan warga Palestin, membakar tanah dan menyerang kawasan perumahan,” kata PCHR.

Sebelum ini, rejim Zionis telah membunuh lima warga Palestin termasuk seorang kanak-kanak menggunakan peluru hidup ketika melakukan serangan di Ramallah dan Tubas.

Bukan itu sahaja, Israel turut mengambil kesempatan apabila memperluas penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Malah, lebih teruk Israel turut menyerang dan memusnahkan rumah yang masih dalam pembinaan di Lembah Jordan, dengan memberi alasan kononnya pembinaan berkenaan tidak mendapat keizinan pihak berkuasa Israel.

Namun, ianya mustahil bagi rakyat Palestin untuk mendapatkan permit pembinaan rumah.

Israel telah melakukan pemusnahan penempatan Palestin secara besar-besaran termasuk menggunakan jentolak di tapak sejarah Sebastia, selain mencuri batu-batu lama di kawasan sekitarnya.

Sehingga kini, kira-kira 650,00 penduduk haram Yahudi tinggal di wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis Timur.

Semua pendudukan haram Israel itu adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa Konvensyen Geneva Keempat, yang melarang kuasa penjajah memindahkan penduduk asal di tanah yang diduduki. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts