Isu solat berjemaah: Pemikiran serendah rumput di padang ragut

 

KESIAN seorang yang ada gelaran dan berjenama tetapi fikirannya kolot dan dayus. Malangnya lagi seorang yang pernah memegang jawatan tinggi dalam pendidikan tinggi tapi taraf pemikirannya serendah rumput di padang ragut selalu dipijak oleh semua orang dan dimakan oleh binatang ternakan.

Rasanya amat sesuai perumpamaan ini kepada kelompok manusia yang memandang rendah kepada ajaran Islam walaupun masih mengaku beragama Islam. Solat jemaah adalah suruhan Allah dan RasulNya. Apa kesan negatif jika pelajar dididik dan diasuh dengan solat berjemaah. Solat jemaah hanya melibatkan pelajar muslim sahaja. Pejabat Pendidikan Daerah tidak akan memaksa pelajar bukan beragama Islam untuk solat berjemaah.

Kalau kerana solat berjemaah dan aktiviti agama menyebabkan ramai pelajar bukan Islam tidak berminat untuk belajar di sekolah kebangsaan perlu dibuktikan kesahannya. Atau ianya dakwaan palsu atau hanya prejudis semata-mata. Tiada kaitan antara solat jemaah atau aktiviti agama di sekolah kebangsaan yang menyebabkan pelajar bangsa lain tidak suka belajar di sekolah kebangsaan.

Kalau kita sebagai ibu bapa yang beragama Islam beriman dengan Allah Taala adakah kita akan rugi jika anak-anak kita dididik dan diasuh dengan solat jemaah di sekolah. Kalau kita merasakan ianya baik maka sebagai ibu bapa kita perlu menyokong usaha ini dan menentang golongan yang mendakwa sebagai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE) yang menentang usaha sekolah untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kita dengan solat berjemaah.

Jangan biarkan mereka begitu bermaharajalela dengan idea mereka yang palsu dan sakit. Pemikiran yang boleh merobohkan jatidiri bangsa dan agama. Jika ada kaum bukan Islam tidak berminat belajar di sekolah kebangsaan kerana solat berjemaah dan aktiviti agama tiada paksaan untuk mereka. Teruskan pengajian mereka di tempat lain. Jangan korbankan jatidiri bangsa kita kerana ingin menjaga hati bangsa lain. Jati diri bangsa kita perlu diutamakan untuk keutuhan dan kestabilan negara kita. Mereka yang dayus dan berpenyakit sahaja berfikiran muflis.

Tak perlu ulasan yang panjang tentang hikmat solat berjemaah kerana ianya telah diketahui oleh semua muslim yang beriman kepada Allah Taala kecuali mereka yang sebaliknya walaupun nama mereka masih lagi bernamakan Muslim. Mendakwa kononnya mengetuai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), apa tindakan badan ini bila berdepan dengan gejala sosial melanda remaja sekarang ini. Atau sekadar mencari populariti untuk mendapat perhatian mana-mana pihak atau mereka sebenarnya berpenyakit jiwa pada tahap kronik. Tiada isu untuk melonjakkan diri selain dari menonjolkan idea yang palsu dan sakit.

Amat malu bila mendakwa sebagai Badan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan sedangkan diri sendiri tidak menampakkan sebagai tokoh pendidikan yang berwibawa. Mendakwa mewakili ibu bapa  siapa ibu bapa yang diwakilinya sekurang-kurangnya sebut siapa ibu bapa tersebut. Kemungkinan ibu bapa yang sealiran dengannya bukannya mewakili semua ibu bapa. Beliau selalu bercakap masalah pendidikan, saya tidak memanggilnya tokoh dalam pendidikan kerana tiada apa ketokohan beliau dalam pendidikan. Apa isu pendidikan yang beliau telah lontarkan dan jalan penyelasaiannya.

Setakat ini tiada apa-apa isu pendidikan yang boleh mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang berlaku beliau hanya bersuara bila ada unsur penerapan nilai akhlak melalui agama dalam pendidikan. Jiwanya sakit dan kosong dari sebarang idea. Kalau ada idea pun hanya mempromosi idea Barat yang amat menebal dalam dirinya.

Menonjolkan diri hanya untuk mengagungkan perjuangan palsu yang akan hilang bersama fatamorgana. Kesian individu bersifat begini walaupun pernah berada ditempat tinggi dalam pendidikan dan perjawatan tetapi pemikirannya serendah rumput di padang ragut selalu dipijak pijak oleh semua orang yang berkepentingan dan dimakan oleh binatang ternakan. Akhirnya mati kekeringan.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
17 comments
  1. 1. alhamdulillah dan tahniah atas usaha, inisiatif PPD Kuantan
    2. peribadi muslim dibina melalui solat. solat sebagai satu doktrin utk lahirkan mukmin mewarisi bangsa bermaruah
    3. kalau dpd kajian sekolah harian, lebih 80% tak solat 5 waktu, apakah fenomena ini perlu di biarkan?. guru sebagai pendidik lah yg perlu mengambil tanggungjawab.
    4. kalau nak bina bangsa melayu bermaruah, biarlah nilai jatidiri berasaskan quran dan sunnah. gagal jika tidak solat
    5. moga mereka yg menentang di beri hidayah.

  2. Sokong 110% komen yg dilontar. Semoga ibubapa muslim tidak terpengaruh idea dan komen yg tidak islamik tsbt.
    Ketika umat Islam amat memerlukan kekuatan rohaniah bagi menangani isu sosial yg mendatang. Kita disogokkan dgn idea dan aliran fikiran yg songsang dari ajaran agama suci Islam.

  3. Teruskan perjuangan kita..dia hanya individu yg menjadi virus bahaya untuk agama dan bangsa…malu dgn pemikiran dan pandangan yg diutarakan…anda tidak langsung mewakili pemikiran ibu bapa Malaysia…

  4. Alhamdulillah jangan kita kuburkan usaha murni mendidik anak bangsa dengan nilai2 agama islam…suburkanlah ia kerana agama ini benteng kepada virus2 jahat yang menjadi wabak yang sukar dibendung dewasa ini

  5. Yerrr.solat itu wajib.
    Sekolah tempat tuntut ilmu untuk dunia dan akhirat.
    InsyaAllah akn lbih ramai yg mempraktikkan cara hidup islam sejati.

  6. Alhamdulillah….semoga apa yg berlaku di Pahang akan terus menular di semua sekolah-sekolah diseluruh Mslaysia…Syabas dan Tahniah bersuara.

  7. soal ini tidak boleh dibiarkan kita sebagai muslim tetap perjuangkan ape yg disuruh oleh agama . semua nya bermula dgn solat. ya Allah mengapa ade manusia spt ini lg. bertaubat dan sedarlah rezeki kita dr Allah

  8. Alhamdulillah syukur dan Tahniah kepada KPPD Kuantan serta warga PPD kuantan.
    Suatu keputusan yg sangat bijak dan murni, inn shaa ALLAH akan terpelihara dari segala keburukan. Usah diambil peduli akan pandangan sahabat ‘Islam’ kita yg dalam PAGE tu. Saya pasti 99.99% umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya setuju akan tindakan KPPD Kuantan.
    Sebagai pendidik saya sedih apabila seorang yg berpelajaran tinggi mempunyai pespektif pemikiran yang amat rendah. Ini lah kesan Liberalisasi dalam pemikiran. Semoga Allah mengembalikan kepada mereka hidayahNYA.
    Ketika ini terdapat ramai murid-mirid Tingkatan 1-4 yang tidak hafal Al-Fatihah, malah ada yg bila diminta selawat pun terpinga-pinga. Ini menunjukkan nilai dan roh Islam itu sudah menghilang maka akan jadilah mereka kelompok manusia yang hidup atas cita rasa sendiri, nauzubillah.
    Sekarang ini kedengaran dari kelompok-kelompok bukan Islam yang membuat tuduhan dan mengatakan usaha-usaha sedang dibuat untuk menjadikan sekolah2 Kebangsaan ini bersifat ISLAM. Ini yang dicanang oleh kelompok ekstrimis perkauman, yg sedihnya kepimpinan atasan kita pun termakan juga, ini yg merisaukan. Ditambah pula dengan sahabat ‘Islam’ PAGE kita yang menyokong seolah-olah ada kebenarannya.
    Saya berharap pihak kepimpinan tertinggi kita melihat semula perlembagaan mengenai kedudukan dan keistimewaan agama Islam dalam negara kita ini.
    Agenda mereka amat jelas, supaya bangsa dan dominasi mereka lebih menyerlah dari ISLAM di bumi MALAYSIA ini.
    Teruskanlah usaha-usaha murni kita mempertahankan Agama Kita – “ISLAM”, Inn Shaa ALLAH kita akan berjaya, Bersatu kita atas nama ISLAM!!!

  9. Saya selaku bapa kpd anak2 yg terlibat dgn setiap program solat berjemaah sebelum pulang amat menyokong usaha murni yg dianjurkan oleh guru2 sekolah..PAGE tidak layak mendakwa mereka mewakili suara ibubapa yg membantah usaha murni ini

    1. Tugas kita adalah berdakwah,kuasa memberi hidayah adalah hak Allah,apa yang nak dijawab bila ditanya dihadapan Allah nanti.Apa tugas dakwah yg telah kita jalankan.

  10. Alhamdullilah diatas kurniaan Allah, ada juga yg ber idea ckup bernas, memulakan menghidupkan solat jemaah dri sekolah..saya sokong 120%. kita ptut sokong bukan mengondem usaha yg dilakukan, klau tk dri usia muda kita mulakan, bila lagi mesjid kita yg tersergam indah n besar nk penuh utk solat2 waktu dimasa akan datang..

  11. Semoga kaedah yg diamalkan oleh PPD Kuantan in akan menjadi ikutan dalam menarajui kepimpinan yang diilhamkan oleh Nabi Kita Muhammad SAW. Semoga dirahmati Dan diberkati.

  12. kerana ibubapa x ajar berjemaah di rumah, anak murid dipaksa berjemaah di sekolah?
    paksaan tak akan timbulkan kesedaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts