Jaga solat, doa dan tawakal kunci kejayaan Najwa

 

KUALA TERENGGANU: Menunaikan solat sunat sebelum dan selepas sembahyang lima waktu, doa serta tawakal ialah kunci utama kejayaan Najwa Mohd Kamil meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020.

Bagi calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sheikh Abdul Malek itu, berkat doa kedua-dua ibu bapa turut memberi kekuatan kepadanya dalam menghadapi cabaran, terutama ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Beliau turut memanfaatkan masa berikutan penangguhan peperiksaan STPM 2020, dengan membuat ulang kaji berterusan.

“Walaupun kadang-kadang berasa bosan kerana tidak dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka di sekolah, doa dan dorongan ibu, Wan Zaharah Wan Ibrahim, 52, bersama ayah, Mohd Kamil Muda, 59, serta guru menjadi pembakar semangat saya untuk berjaya,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts