Jaga solat hindar makan benda haram, rasuah

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad mengakui hanya ibadat sembahyang sahaja boleh menghindarkan diri khususnya pemimpin negara daripada terjerumus kepada amalan rasuah.

Beliau berkata, tindakan pengabaian sembahyang fardhu khususnya akan melahirkan individu dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang akhirnya terlibat dalam perkara haram di sisi Islam.

“Saya menggambarkan solat itu teras kepada kehidupan kita. Kita tahu akibat pengabaian solat ini maka lahir macam-macam.

“Kalau jadi suami, maka tidak bertanggungjawab, kalau jadi isteri pula, tidak taat kepada suami, anaknya pula derhaka.

“Bila dia solat, dia takut nak makan benda-benda yang haram, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Kompleks Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini, semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022.

Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pemangku Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff. – MalaysiaGazette

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts