JAIP kumpul satu tan bahan cetakan al-Quran rosak akibat banjir

 

 

MARAN – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengumpul kira-kira satu tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat yang rosak dalam kejadian banjir di sini minggu lalu.

Operasi pengumpulan al-Quran yang rosak dan terjejas akibat banjir itu dilakukan bagi memelihara kemuliaan al-Quran dan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan JAIP mengikut kaedah hukum syarak seiring dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, operasi bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Maran itu dijalankan di beberapa kawasan termasuk Taman Maran Jaya, Taman Sri Chedong, Taman Maran Damai, Taman Permai Maran, Bandar Maran dan Kampung Sungai Chedong.

Kakitangan Jaip melakukan proses pengumpulan al-Quran dan bahan -bahan mengandungi cetakan ayat al-Quran yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di sini untuk proses pelupusan.

Menurutnya, dalam operasi di daerah Maran baru-baru ini, pihaknya melaksanakan proses kutipan dari rumah ke rumah.

“Pihak JAIP melalui Bahagian Penyelidikan akan memperluaskan operasi mengumpul al-Quran dan bahan-bahan yang mengandungi ayat al-Quran rosak akibat banjir ke daerah-daerah lain yang terjejas.

“Masyarakat juga diminta menjaga kemuliaan al-Quran dengan melupuskannya mengikut tatacara pelupusan al Quran yang rosak mengikut kaedah syarak,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Noridzuan berkata, al-Quran yang rosak perlu dikumpul dan ditempatkan di lokasi yg sesuai sama ada di surau, masjid atau dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk dilupuskan.

Tambah beliau, sebarang pertanyaan berkaitan pengumpulan bahan cetakan ayat suci al-Quran yang terjejas akibat banjir khususnya boleh hubungi Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau Bahagian Penyelidikan Jaip di talian 09-4271186. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts