Jakim gerakkan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggerakkan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, skuad yang dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad itu turut disertai 14 agensi agama termasuk Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau berkata, skuad itu akan turun padang pada setiap hari ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) khususnya di Lembah Klang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Antara bantuan yang disampaikan seperti makanan bermasak, makanan segera, keperluan asas peribadi, kit ibadah dan lain-lain.

“Skuad juga diarahkan untuk membuat persiapan pasca banjir bagi membantu pembersihan di kawasan banjir khususnya melibatkan kemudahan awam seperti masjid, surau dan dewan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan agensi-agensi agama digerakkan bagi menjayakan misi tersebut.

Hakimah berkata, semua pihak dialu-alukan turut sama menyumbang khususnya wang tunai untuk digunakan bagi tujuan membantu kumpulan sasar.

“Sumbangan bolehlah disalurkan melalui Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM-YWM no. akaun 8602218186 di CIMB Islamic Bank Berhad Ref : JAKIM,” katanya. -UTUSAN ONLINE

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts