Jakim minta semua masjid adakan bacaan qunut nazilah Jumaat ini

solat-jumaat-masjid-sultan-mizan

 

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh negara untuk meminta semua masjid mengadakan bacaan qunut nazilah Jumaat ini bagi mendoakan keselamatan masyarakat Islam Rohingya yang sedang ditindas di Myanmar.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya sendiri akan mengadakan bacaan qunut nazilah pada solat Jumaat di semua masjid di bawah seliaannya dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Jakim memandang serius kezaliman yang berlaku di negara Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya yang telah diseksa dan dibunuh di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar.

“Ini adalah merupakan suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia dan penghinaan terhadap umat Islam minoriti di negara Myanmar itu.

“Sehubungan itu, Jakim menyeru kepada semua pihak agar sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam Rohingya dapat diselesaikan dengan kadar segera dan masyarakat Islam Rohingya mampu untuk menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab Syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts