Orang Islam jangan malu untuk bertakbir

  1. Sebagai Muslim, jangan kita malu untuk bertakbir. Takbir membesarkan Allah merupakan syiar yang dilafazkan oleh Muslim dalam acara kebesaran Islam. Malah lafaz takbir merupakan ungkapan yang menggerunkan musuh.
  2. Perhatikan dialog yang berlaku di antara Rasulullah dan Adi bin Hatim saat sebelum beliau memeluk Islam. Rasulullah menyebutkan: Wahai Adi, apakah engkau lari dari menyebutkan takbir sedangkan Allah itu lebih besar (urusan berkenaanNya) berbanding perkara lain. Sabda Rasulullah:

إِنَّمَا تَفِرُّ أَنْ تَقُولَ اللَّهُ أَكْبَرُ، وَتَعْلَمُ شَيْئًا أَكْبَرُ مِنَ اللَّهِ؟

“Sesungguhnya engkau lari dari menyebutkan (kalimah takbir) Allahu Akbar sedangkan apakah engkau tahu adakah perkara yang lebih besar selain Allah?” (HR al-Tirmizi)

  1. Dialog Rasulullah bersama Adi bin Hatim ini menunjukkan ketinggian lafaz takbir sehingga dijadikan hujah pengukuh untuk menjemput keimanan dan menenangkan hati Adi agar menerima Islam Adi. Hairannya ada dalam kalangan Muslim hari ini yang takut untuk bertakbir.
  2. Lafaz takbir merupakan ungkapan yang kita ucapkan sebagai syiar kita saat kita menyambut kemenangan hari raya. Apakah takbir raya ini juga akan kita hentikan semata-mata untuk menjaga hati orang kafir?
  3. Lafaz takbir merupakan ungkapkan pembukaan solat saat kita ingin bermunajat kepada Allah. Malah lafaz takbir ketika azan dilaungkan merupakan lafaz yang mengusir syaitan. Sabda Rasulullah:

إِذَا أُذِّنَ بِالصَّلاَةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ لَهُ ضُرَاطٌ حَتَّى لاَ يَسْمَعَ التَّأْذِينَ

“Apabila dilaungkan azan untuk mendirikan solat, syaitan lari berpaling dalam keadaan mengeluarkan kentut sehinggalah tidak kedengaran azan.” (Sahih al-Bukhari)

  1. Begitu mulia lafaz takbir di dalam agama ini. Adalah amat menyedihkan andai ada dalam kalangan Muslim sendiri bersikap apologetic sehingga malu dan takut untuk mengungkapkan lafaz yang membesarkan Allah, Tuhan Yang Maha Agung.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts