Jangan sebar spekulasi kematian pelajar tahfiz

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan spekulasi berhubung kematian Mohamad Thaqif Amin Mohamad Ghaddafi, sehingga membuka ruang kepada golongan antiinstitusi agama menjadikan kes ini sebagai objek sasaran.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang perkara negatif yang berlaku di dalam institusi tahfiz, tidak mewakili keseluruhan institusi tahfiz di Malaysia.

“Dalam isu berkaitan Allahyarham adik Thaqif ini, kita sebagai orang awam jangan cepat menghakimi institusi tahfiz. Biar pihak berkuasa menjalankan proses siasatan dan proses perundangan.

“Dan yang penting, sebagai orang awam, jangan kita menyebarkan sebarang spekulasi sehingga membuka ruang kepada golongan anti institusi agama menyerang,” kepada wartawan selepas menyampaikan ceramah beliau sempena Israk Mikraj di Masjid Wilayah Persekutuan, sebentar tadi.

Katanya, institusi agama telah terbukti banyak menyumbang dan berjasa kepada negara dan sebarang kelemahan dalam institusi boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Institusi tahfiz di Malaysia telah banyak menyumbang pada negara. Ramai tokoh-tokoh negara, pemimpin-pemimpin dalam masyarakat adalah produk dari institusi tahfiz,” katanya.

Beliau turut menyarankan kepada kerajaan agar memberikan lebih perhatian dan telah tiba masanya satu anjakan paradigma dilakukan kerajaan bagi membantu institusi tahfiz yang kekurangan infrastruktur dan sebagainya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts