JAWI tambah kawasan perkuburan

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bercadang membangunkan tanah perkuburan Islam baharu di Bukit Jalil bagi menambah bilangan tanah perkuburan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata tanah perkuburan baharu yang akan dibangunkan itu adalah seluas 4.04 hektar selain melihat kawasan lain yang diwakafkan atau dikhaskan bagi tujuan tanah perkuburan.

Menurut beliau, terdapat 21 tanah perkuburan Islam bawah kariah masjid di Kuala Lumpur yang masih boleh menampung keperluan pengebumian jenazah pada ketika ini, membabitkan kira-kira 6,000 slot.

“Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan membuat ketetapan jenazah pesakit COVID-19 di Kuala Lumpur hanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Taman Selaseh dan TPIRS Bukit Kiara,” katanya melalui akaun Facebook hari ini.https://e99016e6fd4571b2fb12a6d2183b83fd.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html?n=0

Beliau sebelum itu melawat Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak bersama-sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Pada lawatan itu Zulkifli berkesempatan beramah-mesra dan meninjau kerja-kerja dijalankan Tokoh Khas Frontliner Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M, Roslee Ali dan rakan-rakannya.

TPIRS bawah kelolaan JAWI mampu menampung jenazah di Kuala Lumpur dengan anggaran 4,000 slot di TPIRS Bukit Kiara; 8,000 slot di TPIRS Taman Selaseh; 5,000 slot di TPIRS Kepong dan 1,000 slot di TPIRS Bukit Jalil.

Zulkifli berkata, jenazah Islam di Putrajaya boleh dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang kini mempunyai lebih 3,000 slot.

Menurut beliau, bagi pengebumian jenazah di tanah perkuburan kariah masjid pula ia bergantung kepada kelulusan pihak-pihak berkaitan.

Katanya, sebagai menghargai jasa penggali kubur dan Pasukan Pengurusan Jenazah COVID-19 di Wilayah Persekutuan JAWI meluluskan insentif RM300 sebulan bermula Julai lalu selama enam bulan kepada 204 petugas terdiri daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JAWI dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta sukarelawan.

“Melihat kepada perkembangan semasa kes COVID-19 di Malaysia, kami menjangkakan penurunan kes-kes jangkitan tahap tiga, empat dan lima terutamanya selepas pemberian vaksin dos satu dan dua sudah mencecah 27,293,915 dos sehingga semalam.

“Ini boleh menatijahkan penurunan kes-kes kematian akibat COVID-19 dan Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah SWT dan doa rakyat Malaysia,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts