Jemaah mula meninggalkan Mina

 

MAKKAH: Jemaah haji mula meninggalkan Makkah petang semalam, iaitu hari kedua tasyrik selepas menyelesaikan ibadat haji yang dihadkan jumlah jemaah, tahun ini.

Jemaah yang sebelum itu selesai melontar jamrah, meninggalkan Mina untuk ke Makkah, bagi melaksanakan tawaf wida yang menandakan berakhirnya ibadat Haji.

Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, sudah mengerahkan semua kemudahan dan pengaturan untuk menyediakan sistem perkhidmatan bertaraf dunia, untuk jemaah yang berangkat di Masjidil Haram.

Pengarah Jabatan Pentadbiran Umum bagi Pengurusan Orang Ramai, Osama Al-Hujaili, berkata sebelum fasa pertama tawaf wida akan dimulakan dengan menerima jemaah haji di tiga tempat berkumpul Shobaika, Kudai dan Ajyad, di sekitar Masjidil Haram.

Saudi Gazette melaporkan, jemaah haji melontar jamrah pada petang semalam dengan dengan protokol COVID-19 dengan masing-masing melontar tujuh kerikil, pertama di Jamrat Al-Sugra, kemudian di Jamrat Al-Wusta, dan akhirnya di Jamrat Al-Aqaba, iaitu meniru Nabi Ibrahim AS merejam syaitan di tiga tempat, dikatakan syaitan muncul berusaha menghalangnya daripada mematuhi perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Ismail AS.

Sebilangan anggota pasukan keselamatan dan anggota Pertahanan Awam serta pekerja kesihatan dilihat di kebanyakan tempat di kompleks Jamarat, untuk mengawasi kelancaran melontar jamrah.

Pergerakan jemaah ke Kompleks Jamarat dirancang berdasarkan protokol pencegahan, setiap fasa melempar jamrah dilakukan dengan selamat, mengikuti arah perjalanan mengikut warna tertentu.

Ini dilakukan di bawah seliaan sektor keselamatan dan awam yang terbabit dalam operasi haji.

Selepas sampai di tempat penginapan dan perkhemahan Mina, jemaah mengemas barang-barang dan menaiki bas yang membawa mereka ke Makkah, untuk melakukan tawaf wida.

Walaupun haji, satu daripada lima rukun Islam, berakhir secara rasmi pada hari ini (Jumaat), iaitu hari ketiga Tasyrik, jemaah haji dibenarkan keluar sehari lebih awal.

Sebilangan besar jemaah haji akan meninggalkan Makkah pada Khamis. – AGENSI

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts