Jiwa manusia yang sentiasa muda

  1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan ada dikalangan manusia ini yang jiwanya semakin terpaut kepada dunia sekalipun sudah semakin tua. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ

“Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) Cintakan Dunia, (2) Panjang Cita-cita.” (Sahih al-Bukhari, no: 6420)

  1. Dalam lafaz yang lain pula, Rasulullah menggambarkan bagaimana ada sebahagian manusia yang apabila semakin tua, dia semakin cintakan harta dan berharap agar dipanjangkan lagi umurnya. Sabda Rasulullah:

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ

“Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya. (Sahih al-Bukhari, no: 6421)

  1. Ketika menghuraikan tentang hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa pada hakikatnya tidak salah berusaha untuk dunia dan mempunyai cita-cita. Namun, yang dilarang adalah kerana pautan terhadap dunia menggelamkan persediaan mereka untuk akhirat. Kata Ibn Hajar:

وَإِنَّمَا الْمَذْمُومُ مِنْهُ الِاسْتِرْسَالُ فِيهِ وَعَدَمُ الِاسْتِعْدَادِ لِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“Dan adapun yang dikeji itu adalah sikap memanjangkan (cita-cita dunia) sehingga mengabaikan persediaan untuk akhirat.

  1. Setelah menukilkan hadis ini, al-Imam Muslim menyebutkan pula hadis yang lain dimana Rasulullah memberi peringatan yang menyebutkan:

لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذَهَبٍ وَفِضَّةٍ، لَابْتَغَى إِلَيْهِمَا آخَرَ، وَلَا يَمْلَأُ بَطْنَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Andai sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah yang dipenuhi dengan emas dan perak, nescaya dia akan mecari (lembah) yang lain, dan tiada yang dapat memenuhkan perut anak Adam (sehingga puas) melainkan tanah (iaitu setelah ditimbus dengan tanah), namun Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat”. (Riwayat Ahmad. Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang sedikit berbeza)

  1. Ingatlah bahawa yang hanya akan memenuhi tubuh dan perut manusia ini hanyalah tanah…

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts